Skip to main content

10 Wasiat Yang Ditinggalkan Oleh Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah

 SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:



“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan
untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Comments

Popular posts from this blog

MINKAFFE: Kopi Garam Rendah Caffein

  Min Kaffee  (dulu dikenali MINERAL COFFEE) diformulasikan daripada adunan keenakan  kopi Robusta  bersama garam buluh yang mengandungi  sumber magnesium  yang ternyata mampu menyingkirkan toksin, melancarkan peredaran darah serta menstabilkan tahap pH di dalam tubuh badan anda seterusnya membantu mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang berpanjangan. KHASIAT MIN KAFFE (MINERAL COFFEE) KOPI TANPA GULA 1. TANPA GULA. Rasa kopi yang tetap enak  2. GARAM BULUH. Kopi Garam Buluh. Diperkaya dengan garam buluh organik semulajadi dari Korea yang terbukti berkhasiat dan kaya dengan bahan mineral seperti magnesium (menggalakkan penyerapan kalsium) 3. LAWAS. Majoriti pengguna Min Kaffe dah tahu, lepas minum jer Min Kaffe ni confirm cepat rasa nak toilet. 4. AROMA ISTIMEWA. Bancuh jer Min Kaffe terus naik bau kopi yang best. Memang membangkit dan menyegarkan mata. 5. KOPI KURUS. Secawan pagi mampu mengelakkan rasa lapar sehingga waktu makan tengahari. Ses...